Elemen-elemen dalam Rejimen Askar Wataniah Rejimen_Askar_Wataniah

Terdapat beberapa pecahan elemen dalam struktur askar wataniah. Antaranya adalah;

  • Tempur
  • Bantuan tempur
  • Bantuan perkhidmatan
  • Pakar
  • PALAPES
  • Pengurusan sempadan

Setiap kor dan rejimen dalam Tentera Darat Malaysia memiliki pasukan askar wataniahnya sendiri kecuali Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Rejimen Gerak Khas (GGK) dan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Elemen pakar adalah bidang khusus tertentu di dalam wataniah. Contohnya. Pakar pelabuhan (40 RAJD AW), pakar semboyan (50 RAJD AW), pakar bekalan air (60 RAJD AW), pakar pengendalian janaelektrik (70 RAJD AW). PALAPES adalah pasukan melatih kadet yang terdiri dari mahasiswa untuk ditauliahkan sebagai pegawai askar wataniah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Pasukan Kerahan (Siri 300) adalah pasukan wataniah yang berkhidmat sepenuh masa. Tugasnya sama seperti pasukan tetap. Cawangan latihan yang melatih sekumpulan atau seseorang untuk direkrutkan menjadi askar wataniah. Setiap Pasukan wataniah dibawah pengurusan Rejimen Askar Wataniah (RAW).